Keterampilan Membaca
Anda suka blog ini?? Klik LIKE!!
Wednesday 15 May 2013
Wednesday 8 May 2013
DEFINISI MEMBACA
Membaca
dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas
lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Proses membaca
juga
dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan
bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan
akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya.Bagi Smitch dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca.
Di samping itu, Goodman
(1973) pula menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula
daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca
sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini
menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran
kerana hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam
dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang
wujud dalam minda.
Membaca adalah asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti membaca, seseorang itu dapat menjadikan dirinya sebagai sumber rujukan sama ada kepada dirinya sendiri ataupun kepada orang lain. Hal ini selaras dengan perintah membaca dalam ayat pertama yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Muhammad. Selain itu, aktiviti membaca juga adalah kunci khazanah ke arah menentukan hidup seseorang, sama ada maju ataupun mundur kehidupan dan pemikirannya. Di samping itu, melalui aktiviti membaca, rakyat di sesebuah negara menjadi lebih matang dan progresif selaras dengan kemajuan negara. Kurangnya minat membaca menyebabkan rakyat dalam sesebuah negara itu lemah dalam pelbagai aspek, sama ada dalam aspek pelajaran ataupun kerjaya.
Membaca adalah aktiviti penting dalam hidup manusia. Ini kerana dengan membaca, pembaca dapat memperoleh maklumat dan ilmu yang dapat digunakan dalam pelbagai aspek. Pembaca adalah individu yang memperoleh sebahagian besar maklumat dan pemahaman berkenaan alam ini daripada bahan bertulis. Walaupun begitu, tidak semua perkara itu diperoleh daripada sumber bacaan kerana terdapat juga sumber yang diperoleh melalui pengamatan dan pengucapan.
Pembacaan yang sebenarnya adalah proses yang dinamik yang memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dan penulis. Oleh itu, membaca dikatakan sebagai proses yang aktif bagi membina makna daripada teks yang bertulis yang berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan pembaca. Membaca adalah bersifat dalaman, proses meental yang tidak dapat diperhatikan ataupun dikaji secara terus.
TEORI MEMBACA
TEORI MEMBACA
Terdapat
beberapa teori membaca yang dapat membantu pembaca memahami proses membaca.
Teori-teori ini dapat membantu pembaca memahami proses membaca. Teori-teori ini
dapat menggambarkan proses membaca sama ada pada peringkat rendah mahupun pada
tahap yang lebih tinggi. Wakzyk (2000), menghuraikan proses membaca secara
automatik dan kawalan seperti:
Teori
yang berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985) ini
dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas
menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat. Mereka
mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan
demi perkataan. Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan
tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya.
Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka
melakukan proses pemindahan tersebut.
Teori ini berpendapat, aktiviti
membaca bertujuan untuk membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan
maklumat daripada teks. Pembaca yang baik, efisien ketika memindahkan maklumat,
manakala pembaca yang lemah tidak dapat melakukannya. Kemahiran ini dibina
dengan memberikan pelajar petikan yang ringkas dan diikuti dengan beberapa
soalan khusus yang menumpukan kepada beberapa kemahiran membaca.
ii) TEORI MEMBACA SECARA AUTOMATIK
La
Berger dan Samuel (1974) menganjurkan teori membaca secara automatik. Teori ini
menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara
automatik. Teori ini menganggap wujudnya perbezaan antara proses bersifat
automatik dan proses kawalan ketika membaca. Sub komponen dalam kemahiran membaca
seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan dikuasai secara
automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu
menguasai kemahiran asas membaca. Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran
membaca secara automatik berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih sumber
dan lebih faham. Oleh itu, ketika membaca teks, pembaca perlu menekankan
pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih
berkesan.
iii) TEORI KECEKAPAN VERBAL
Perfetti
(1985, 1988) memperkenalkan teori yang penting dalam kemahiran membaca iaitu
teori kecekapan verbal yang menekankan kemahiran membaca dengan meluaskannya
melangkaui proses mentafsirkan kod. Selain daripada ciri automatik dalam
menguasai bahasa, aspek lain yang berkaitan dengannya adalah resolusi anafora,
membuat kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan
dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori
ini, setiap pembaca mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuan menguasai
kecekapan verbal. Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen
membaca berhubung dengan pemahaman. Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih
mudah lupa perkara yang sudah dibacanya.
Untuk
memahami proses membaca, kita perlulah terlebih dahulu meninjau teori-teori
membaca. Terdapat tiga teori utama dalam proses membaca. Teori-teori itu adalah
seperti yang berikut:
·
Teori psikologi
·
Teori kognitif
·
Teori linguistik
TEORI PSIKOLOGI
§ Dalam
teori psikologi terdapat model behavioris yang berkaitan dengan proses membaca.
Menurut model ini, semua pembelajaran melibatkan proses pembentukan tabiat atau
kebiasaan melalui hubungan antara rangsangan dan tindak balas.
§ Dalam
bidang bacaan, model ini boleh diaplikasikan kepada proses membaca. Untuk
menguasai kemahiran membaca, seseorang itu perlulah berlatih membaca daripada
mengecam huruf diikuti mengecam perkataan. Model ini juga ada menyatakan selain
mengecam perkataan, seseorang itu perlu mengetahui makna daripada perkataan dan
ayat secara automatik setelah menguasai kemahiran membaca. Sesuatu tingkah laku
akan menjadi kebiasaan jika dibuat secara berulang kali. Kebolehan membaca juga
akan menjadi bertambah baik jika dibuat secara berulang kali.
TEORI KOGNITIF
§ Ahli
dalam teori kognitif ini merupakan ahli bahasa yang percaya bahawa perkembangan
bahasa adalah sebahagian daripada proses perkembangan seseorang individu. Ahli
teori ini berpendapat bahawa membaca adalah kemahiran kognitif yang kompleks.
Teori ini beranggapan membaca sebagai mengumpul, memproses serta menggunakan
maklumat dan tidak hanya bertindak balas terhadap bahan bacaan. Teori ini
menolak anggapan bahawa kemahiran berbahasa boleh diperoleh melalui pembentukan
kebiasaan atau tabiat melalui ikatan rangsangan dan tindak balas.
TEORI LINGUISTIK
§ Teori
ini adalah teori bahasa yang mengatakan bahawa seseorang kanak-kanak
menggunakan kebolehan berbahasa yang diperoleh sejak lahir untuk mendapatkan
pengetahuan daripada persekitarannya.
§ Teori
ini mendefinisikan membaca sebagai proses psikolinguistik yang memperlihatkan
makna diperoleh melalui hubungan media linguistik. Mengikut teori ini, membaca
bukan sahaja satu proses mengatur huruf hingga menjadi perkataan dan rangkai
kata kepada ayat, tetapi membaca sebenarnya adalah proses mendapatkan makna
pada tahap dalaman.
BELAJAR MEMBACA
BELAJAR MEMBACA
Proses membaca sangat
berkait rapat dengan proses penglihatan. Lambang, simbol atau tulisan-tulisan
yang dilihat pada satu permukaan dapat ditukarkan menjadi persembahan minda
yang bermakna. Mata dalam proses membaca akan berfungsi untuk melihat simbol,
lambang ataupun tulisan.
Ketika membaca, mata akan bergerak mengikut garis dalam bahan yang bertulis. Mata akan tertumpu pada sesuatu bahagian dalam perkataan, perkataan dan ayat mengikut kelancaran pembaca. Bahan bertulis yang dilihat itu akan ditukar menjadi isyarat dan isyarat seterusnya ditukar menjadi maklumat. Maklumat itu akan dihantar ke otak untuk proses pembentukan makna ataupun kefahaman.
Langkah pertama untuk membaca ialah mengenalpasti permukaan bercetak dan memecahkan kod perkataan. Kemudian mengenalpasti bentuk ortografik dan seterusnya memperoleh maksud perkataan berdasarkan kamus makna yang terdapat dalam pemikiran pembaca.
Ketika membaca, mata akan bergerak mengikut garis dalam bahan yang bertulis. Mata akan tertumpu pada sesuatu bahagian dalam perkataan, perkataan dan ayat mengikut kelancaran pembaca. Bahan bertulis yang dilihat itu akan ditukar menjadi isyarat dan isyarat seterusnya ditukar menjadi maklumat. Maklumat itu akan dihantar ke otak untuk proses pembentukan makna ataupun kefahaman.
Langkah pertama untuk membaca ialah mengenalpasti permukaan bercetak dan memecahkan kod perkataan. Kemudian mengenalpasti bentuk ortografik dan seterusnya memperoleh maksud perkataan berdasarkan kamus makna yang terdapat dalam pemikiran pembaca.
Seseorang
pembaca haruslah mempunyai strategi untuk memudah memperoleh kefahaman dengan
cepat dan mudah.
Strategi utama dalam proses memperoleh kefahaman ialah pembaca haruslah mempunyai motivasi dan tujuan. Bahan yang mudah difahami akan memberikan motivasi kepada seseorang untuk membaca dan sebaliknya bahan yang sukar akan menyebabkan seseorang akan kehilangan motivasi untuk meneruskan pembacaan.
Namun, motivasi terhadap sesuatu bahan bacaan tidak seharusnya hilang hanya kerana bahan itu sukar dibaca dan difahami. Seseorang itu haruslah bijak mencari bahan bacaan yang lebih mudah difahami bagi meneruskan motivasi terhadap perkara yang ingin diketahuinya itu. Selain motivasi, tujuan juga merupakan strategi yang dapat membantu kita untuk memahami sesuatu bahan bacaan. Membaca sudah semestinya mempunyai tujuan tertentu. Misalnya, membaca untuk menghilangkan rasa bosan, membaca untuk mendapat ilmu, membaca untuk mengetahui harga barang dan lain-lain lagi. Pembacaan mempunyai banyak tujuan.
Dengan tujuan-tujuan inilah kita lebih mahu membaca secara serius tentang sesuatu perkara. Dalam belajar membaca, guru perlu menyokong murid dengan memberikan panduan mengenai cara untuk memahami sesuatu frasa atau perkataan dengan mengaitkan frasa atau perkataan tersebut dengan maksud keseluruhan petikan.
Guru juga boleh menambah kefahaman muridnya dengan menggunakan gambar rajah bagi memperlihat maksud secara bersepadu. Selain itu, guru boleh memberikan sokongan pemahaman dengan memberikan pelajarnya peluang untuk melawat kembali pemahaman yang mereka ragukan. Setelah mempunyai kemahiran yang kukuh untuk memahami, guru bolehlah melepaskan pelajar tersebut untuk memahami bahan bacaannya sendiri tanpa sokongan guru. Antaranya dengan menentukan bahan yang bersesuaian, panjang pendek, kedalaman kandungan bahan yang dikemukan kepada pelajar dan penggunaan bahasa dalam petikan. Guru juga boleh mengadakan sesi persidangan membaca bagi pelajar yang memerlukan sokongan yang lebih kerap.
Dalam sesi ini, guru perlu banyak menjalankan teknik permodelan, iaitu guru membaca dan diikuti oleh pelajar yang lemah tersebut dalam satu tempoh yang singkat tetapi kerap. Guru juga boleh melaksanakan teknik memecahkan ayat yang panjang kepada ayat yang lebih pendek supaya lebih mudah difahami bagi kelas atau kumpulan yang bermasalah memahami petikan yang sukar.
Strategi utama dalam proses memperoleh kefahaman ialah pembaca haruslah mempunyai motivasi dan tujuan. Bahan yang mudah difahami akan memberikan motivasi kepada seseorang untuk membaca dan sebaliknya bahan yang sukar akan menyebabkan seseorang akan kehilangan motivasi untuk meneruskan pembacaan.
Namun, motivasi terhadap sesuatu bahan bacaan tidak seharusnya hilang hanya kerana bahan itu sukar dibaca dan difahami. Seseorang itu haruslah bijak mencari bahan bacaan yang lebih mudah difahami bagi meneruskan motivasi terhadap perkara yang ingin diketahuinya itu. Selain motivasi, tujuan juga merupakan strategi yang dapat membantu kita untuk memahami sesuatu bahan bacaan. Membaca sudah semestinya mempunyai tujuan tertentu. Misalnya, membaca untuk menghilangkan rasa bosan, membaca untuk mendapat ilmu, membaca untuk mengetahui harga barang dan lain-lain lagi. Pembacaan mempunyai banyak tujuan.
Dengan tujuan-tujuan inilah kita lebih mahu membaca secara serius tentang sesuatu perkara. Dalam belajar membaca, guru perlu menyokong murid dengan memberikan panduan mengenai cara untuk memahami sesuatu frasa atau perkataan dengan mengaitkan frasa atau perkataan tersebut dengan maksud keseluruhan petikan.
Guru juga boleh menambah kefahaman muridnya dengan menggunakan gambar rajah bagi memperlihat maksud secara bersepadu. Selain itu, guru boleh memberikan sokongan pemahaman dengan memberikan pelajarnya peluang untuk melawat kembali pemahaman yang mereka ragukan. Setelah mempunyai kemahiran yang kukuh untuk memahami, guru bolehlah melepaskan pelajar tersebut untuk memahami bahan bacaannya sendiri tanpa sokongan guru. Antaranya dengan menentukan bahan yang bersesuaian, panjang pendek, kedalaman kandungan bahan yang dikemukan kepada pelajar dan penggunaan bahasa dalam petikan. Guru juga boleh mengadakan sesi persidangan membaca bagi pelajar yang memerlukan sokongan yang lebih kerap.
Dalam sesi ini, guru perlu banyak menjalankan teknik permodelan, iaitu guru membaca dan diikuti oleh pelajar yang lemah tersebut dalam satu tempoh yang singkat tetapi kerap. Guru juga boleh melaksanakan teknik memecahkan ayat yang panjang kepada ayat yang lebih pendek supaya lebih mudah difahami bagi kelas atau kumpulan yang bermasalah memahami petikan yang sukar.
Seorang pembaca yang aktif akan menggunakan pelbagai strategi untuk memudahkan pemahamannya. Ketika membaca, mereka akan menguji pemahaman dengan menyimpan rekod terhadap isi penting bahan bacaan. Mereka juga akan mengintegrasi antara maklumat baru dan lama dengan membuat hubungan, taakulan, mencipta pembayangan atau menokok tambah apa yang diperkatakan oleh penulis.
Seseorang
pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari,
pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca
untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau
ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam.
Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan
beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar
menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
- untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
- untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
- untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
- untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Secara
umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu membaca pantas dan
membaca kritis. Untuk
membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning,
manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti
KWLH dan SQ3R.
KWLH adalah singkatan
bagi yang berikut:
K (know) Apa yang telah
diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan -
yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan -
yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca:
·
Mengingat dahulu apa
yang telah diketahui
·
Membayang atau menentukan
apa yang ingin diketahui
·
Melakukan pembacaan
(bahan yang telah dipilih)
·
Mengetahui apa yang
telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
·
Menentukan apa lagi yang
perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik pembacaan akan
membolehkan pelajar:
·
Mengaitkan pengetahuan
yang sedia ada dengan apa yang dibaca
·
Menentuka apa yang telah
diperoleh dari pembacaannya, dan
·
Menentukan apakh lagi
bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan
Dalam konteks
pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah
sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.
Know (K)
|
Want (W)
|
Learned (L)
|
How (H)
|
Apa yang sudah diketahui? |
Apa yang hendak diketahui? |
Apa yang telah dipelajari/diperoleh? |
Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?
|
SQ3R
ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia
merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian
maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu
diselesaikan.
SQ3R
adalah singkatan bagi:
S (survey) - tinjau
Q (question) - soal/tanya
R (read) - baca
R (recite) - imbas kembali
atau nyatakan secara lisan
R (review) - baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan
meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran
grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di
bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya
menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan
satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut
berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan
keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut,
dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari
jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada
soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar
mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan
perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar
mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang
telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks
tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan
sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca
bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan
jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga
memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Skimming dan scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan
untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan
bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan
sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap
perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan.
Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian
tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk
utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum
tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang
khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan.
Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan
kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas
ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi
tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini
adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
Dalam
konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya,
kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu
bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh
menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang
dicari.
Dalam
proses kemahiran belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh
oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman
dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam
suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu
mempertingkatkan kemahiran membaca:
- Membaca
secara BERHATI-HATI
·
Beri tumpuan terhadap
apa yang dibaca
·
Cuba fahami fakta-fakta
penting sepenuhnya
·
Elakkan gangguan radio
dan televisyen
2.
Membaca secara
MENYELURUH
·
Bacaan hendaklah
menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
·
Jangan anggap bahagian
pengenalan kurang penting
·
Bahagian pengenalan
memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
3.
Membaca secara
BERULANG-ULANG
·
Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan
lebih baik
·
Isi-isi juga dapat
difahami secara mendalam
·
Ini dapat mengelakkan daripada
tertinggal membaca fakta penting.
4.
Membaca dalam SUASANA
yang SELESA
·
Lampu hendaklah
dipasang dengan terang.
·
Suasana tempat membaca
hendaklah sunyi dan senyap.
·
Udara sekitar mestilah
mencukupi
·
Suhu bilik sederhana.
Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
5.
Berasa dalam KEADAAN
selesa
·
Duduk dengan betul
·
Pastikan tidak demam,
pening, selsema dan sebagainya.
·
Jangan berbaring ketika
membaca. seseorang itu mungkin tertidur atau mengantuk.
6.
Baca secara
PERPERINGKAT
·
Peringkat permulaan :
baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
·
Peringkat seterusnya ;
membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan
menulis nota digunakan.
7.
Cuba BENTUK SOALAN
ketika membaca
·
Gunakan kaedah 1 husband
6 wives
HOW |
WHAT |
WHO |
WHEN |
WHERE |
WHICH |
WHY |
·
Dengan membentuk
soalan, seseorang akan lebih ingat isi yang dibaca.
8.
CATATKAN isi yang
dibaca
·
Dengan mencatat,
seseorang pelajar dapat menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat,
mengingat.
·
Ketika mencatat pelajar
akan berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan pelajar menjadi lebih tajam.
9.
Gunakan BAHAN
PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
·
Pastikan pen,,
highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
·
Tandakan isi-isi penting
dengan highlighter.
·
Gunakan kamus untuk
mencari perbendaharaan kata yang sukar.
·
Gunakan penanda buku
untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
·
Gunakan pen untuk
menulis isi-isi penting.
Subscribe to:
Posts (Atom)