MASALAH DALAM
MEMBACA
1.
Faktor
fizikal
·
Penglihatan
(a)
Juling-
menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama. Hal ini
mengakibatkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan
bentuknya.
(b)
Rabun
dekat- (myopia) tidak dapat melihat pada jarak yang jauh.
(c)
Rabun
jauh- tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.
(d)
Astigmatism-
penglihatan yang kabur berpunca daripada kurang fokus cahaya pada salah satu
atau kedua-dua hujung retina.
(e)
Amblyopiks-
satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak.
Kesemua simptom ini akan mengakibatkan masalah kepada seseorang
kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal dalam kemahiran
membaca iaitu mencerap imej huruf yang dipaparkan pada permukaan bertulis.
Sekiranya pada peringkat awal ini susah dilakukan, maka kanak-kanak akan
menghadapi masalah untuk meneruskan proses membaca pada peringkat seterusnya
iaitu peringkat mendekod.
·
Persepsi
penglihatan.
Pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan
menyebabkan kesukaran untuk membaca. Sebahagian daripada simptomnya ialah:
(a)
Perkataan
kelihatan seolah-olah percantuman huruf yang tidak bermakna, contoh musik menjadi
msuki.
(b)
Huruf
atau perkataan menjadi terbalik- contohnya b menjadi d, atau
perkataan bas menjadi das.
(c)
Jika
jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti
huruf yang sebenar.
(d)
Satu
perkataan kelihatan seperti imej cermin.
(e)
Pelajar
yang tidak dapat membezakan suku kata.
Kesemua masalah penglihatan ini perlu diketahui perbezaannya supaya
kanak-kanak yang bermasalah dapat diberikan rawatan yang betul. Kebanyakan
masalah tidak berkeupayaan membaca dapat diselesaikan dengan memperbetulkan
aspek penglihatan kerana faktor inilah tidak berkeupayaan membaca bermula.
·
Pendengaran
(Auditori)

·
Pertuturan
Punca masalah pertuturan (seperti
kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik dan
sebagainya) ialah masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran,
pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing dan kecederaan otak atau
sebahagian daripada otak. Namun, tidak semua punca masalah pertuturan ini boleh
mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca. Jika ada pun kesannya ialah
kesan tidak langsung iaitu kesan psikologikal.
2.
Faktor
Neurologikal
Neurologi ialah kajian yang berkait dengan sistem saraf iaitu
sistem saraf manusia termasuklah sistem dalam otak, tulang belakang, urat
ganglia (tisu urat yang pelbagai) dan bahagian organ reseptor. Sebahagian
daripada bahagian neurologi ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehan
membaca. Faktor neurologi berkait dengan masalah kesihatan diakibatkan oleh
jangkitan kuman atau pra-kelahiran.
·
Kerosakan
otak
Punca
kerosakan otak disebabkan oleh kecederaan, penyakit atau kesan bahan toksik
yang mencemar otak atau bahagian otak. Kecederaan otak juga boleh berlaku sejak
dilahirkan (pre-natal neurological disorder). Hal ini akan menyebabkan lesion
atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk. Biasanya pengesanan terhadap
kecederaan otak ini boleh dilakukan menerusi electroen cephalogram (EEC), tetapi
tidak semua keputusan ujian EEC bertepatan walaupun disertakan dengan sejarah
kelahiran.
·
Neurologi
tidak berfungsi
Bahagian
otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup
sebahagiannya sejak dilahirkan. Buta perkataan bagi orang dewasa juga boleh
diakibatkan oleh serangan jantung. Hyperlexia ialah seseorang yang lambat
perkembangan bahasa dan akal. Simptom ini juga boleh menyebabkan masalah tidak
berkeupayaan membaca dan pembelajaran serius.
·
Faktor
keturunan
Faktor
keturunan turut mempengaruhi masalah dalam pembacaan. Contohnya, kanak-kanak
kembar sama ada kembar seiras atau kembar seibu (identical and fraternal twin),
menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian. Kembar seiras lebih rapat
hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu. Terdapat kajian yang
mengaitkan pencapaian pelajar yang membaca dengan latar belakang keluarga
membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih
lemah dalam pencapaian membaca berbanding anak yang berasal daripada keluarga
yang tahu membaca.
Pengaruh persekitaran amat penting untuk melihat pencapaian
kanak-kanak. Oleh itu, beberapa perkara yang penting dalam keluarga ialah
bagaimana ahli keluarga menyediakan persekitaran membaca yang banyak, minat ibu
bapa terhadap kejayaan anak-anak dalam pelajaran dan model bahasa yang
ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
·
Faktor
emosi
Kegagalan
dalam membaca akan mengganggu emosi seseorang pelajar. Pelajar yang gagal
membaca akan berasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas,
gagal dan sebagainya. Kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar dan kes perpecahan
keluarga menyebabkan kanak-kanak berasa tertekan dan boleh mengakibatkan
gangguan emosi kepada kanak-kanak tersebut.
·
Faktor
sosioekonomi
Status
sosioekonomi (SES) kerap menjadi salah satu pembolehubah dalam kajian yang
berkaitan pencapaian pelajar untuk membaca. Kanak-kanak dari SES rendah
selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak-kanak dari SES tinggi
selalu mendapat pencapaian yang tinggi juga. Keturunan kaum dan perbezaan
budaya juga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam membaca.
No comments:
Post a Comment